DEFINISI IDDAH

Sudut Bahasa

  • Kiraan.

Sudut Istilah

  • Iddah adalah tempoh menunggu perempuan padanya (menahan diri daripada berkahwin) untuk mengetahui kosong rahimnya, atau kerana menjunjung perintah (ta'abbud, atau terkejutnya atas kehilangan suami.

HIKMAH IDDAH

Shah Waliyullah al-Dihlawi

  • Pensyariatan iddah adalah untuk mengetahui rahim wanita tersebut bersih daripada benih lelaki agar tidak berlaku percampuran keturunan.
  • Apabila berlaku sesuatu yang memutuskan hubungan tersebut, maka perlulah diwujudkan satu gambaran terkekalnya akad nikah secara amnya, iaitu dengan penantian tempoh iddah.

Nuruddin'itr

  • Tempoh iddah ini akan mengingatkan pasangan tentang nikmat-nikmat alam pernikahan yang pernah mereka lalui agar mereka dapat memikirkan peluang untuk mereka boleh hidup kembali sebagai suami isteri.